The Last Altimet Show

The Last Altimet Show merupakan konsert oleh penyanyi Altimet, yang menjadi penampilan pentas terakhir beliau setelah bersara dari kerjayanya sebagai penyanyi. Diadakan di Dewan Merdeka PWTC pada 16 Februari 2019, konsert ini ditaja oleh Nescafe; Sebanyak 30 lagu telah dipersembahkan oleh Altimet sepanjang konsert berlangsung. Konsert ini juga diadakan bagi mempromosikan album O, yang dilancarkan pada 21 Disember 2018.[1][2]